Saturday, January 1, 2011

Fallen leaves underground showed

#.Sometimes imagine can woo the dust emotion which preferentially to someone out of their characteristic.we could  ate by woo if mind probably want the same act with emotion.Hereby,no one could reduce even terminate this evolution by their ability.subsequently, the pleasant they had before turn to the most puzzle patent and the reserve of kind we produced seemly destroyed by them.Frequently,we have a small psyche to against the immense freak such this feel.#
#.Nevertheless,that would be perfumed our stinky by known our closed comrade who occasionally concern about our fall leaves.Fall leaves is indicate how many people are annoying to you.but the at the same time there is another leaves growths to be as fix.#
#.For those who are understand hope they will begin to pluck this fallen leaves and consider and remember how far our life will forge without this leaves.#..

Thursday, November 11, 2010

cari kerja ke pulang ke rumah??

ada jugak orang macam ni ye?orang lain sibuk2 n tak sabar nak balik rumah ibarat wanita/lelaki yang tak sabar berjumpa dgn kekasihnya setelah sekian lama duduk bertapa di gua musang dia pula bagaikan sebuah patung yang tidak mempunyai perasaan terhadap kg halamannya..rumah adalah satu medium yang tidak menyumbang apa-apa hasil agaknya pada dia..ibubapa adalah sepasang robot yang tak dibekalkan hati pada dia,adik-beradik hanyalah simfoni yang sumbang baginya kerana bunyi yang keluar dari simfoni tersebut tidak mendatangkan hasil yang bermanfaat kepadanya..kawan-kawan di kg umpama burung-burung yg berkicauan berterbangan riang ke mana saje ia mahu tidak juga memberi faedah kepadanya..
# dia tidaklah seperti yang disangkakan kerana dia tidak pernah pun berfikiran sedemikian,dia tidak pernah pun terfikir utk tidak pulang ke rumah..ibubapa adalah penyejuk mata baginya,adik-adik adalah penceria hidupnya,kawan-kawan adalah tempat mengumpat dia,jiran-jiran sebelah rumah adalah tempat saling berbalas-balas kebaikan,tambahan lagi rumah dia adalah ditepi pantai,masakan tidak dia merindui pantai yang selalunya tempat bereksperimentasi atau cuci mata dikala tekanan menyentapdi jiwa..
# dia hanya berfikir tentang keperluan hidupnya yang perlu dimiliki bagi menghadapi hari-hari mendatang..mindanya hanya berpaksikan kewangan sekarang ini utk menampung kehidupannya kini..bunyinya seperti org meminta simpati,tetapi tidaklah begitu tersepit sgt kerana sekadar mncari kewangan sendiri.
# kt kg takde kerja ke???bukan la begitu kerana sudah banyak kerenah bos2 even kt warung pun byk kerenah,,kerenah pelanggan xpe,tp kerenah bos memaki2 rasenya dalam jiwa.kerja yang mudah terpakse disusahkan...pengalaman kerja dulu byk beri gambaran perilaku seseorang tidak kira bos ke pekerja ke,pelanggan ke,..aku ni memilih juga kerja rupanya kan??tidak mengapa kehendak seseorang itu mungkin ada sebabnya..kala ini perlu berfikir sama ada perlu ke cari kerja atau pulang ke rumah??

Monday, November 8, 2010

Examination @ Examitensyen??

# sejak 2 menjak ni aku agak beremosi dengan pelbagai masalah yang menimpa dengan mempostkan plbagai kata2 kesat tersirat laksana pendekar arjuna dan para pejuangnya yang disiarkan di tv3 setiap isnin pukul 9 mlm dlm slot akasia..biasala manusia dan masalah bagaikan teman sehidup semati..hidup ade mslh mati pun ade mslh.kata orang xde mslh x mencabar la hidup.siapa yang takut menghadapi cabaran ini?hanya orang yang bunuh diri sahaja yang gentar melawannya..syabas kepada kita kerana kita masih lagi gagah melawan masalah tersebut kerana tidak smpai pd tahap td."ketahuilah bahawa Tuhan hanya menguji seseorang itu mengikut kemampuannya".tp jgnla memandang mudah exm yang diberikan.perlulah ada persiapan menghadapinya..moga2 kita tidak mati dalam masalah kepada diri kita sendiri mahupun kepada org lain..amin..#
# exam adalah perkara biasa bg individu yang bernama mahasiswa/i dan pelajar2 sekolah,serta institut2 yang lain.individu biasa juga ada examnye sendiri..selagi bernama manusia selagi itu la exam ttp mengekori kita dimana jua kita berada cuma pendekatan tu sememangnya lain juga berbeza..bagi kita pelajar ipt sememangnya exm adalah penentu kejayaan seseorang..setiap kali exm mesti tensyen..mengapa?jawapan selalu diberikan tak cukup masa,x phm ape yang di ajarkan..so,mengadap lptop hari2 ada lak mase,..lecturer ade kt depan pn still on9 biasanya fb,ym, n main game..lecturer tu adalah robot yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan untuk mengajar kita semua..bila dh dianggap robot mestila tak bertanya..sekadar membebel macam mak orang ,menjerit2 sampai nak beranak,..kalo lecturer yang mengandung 8 bulan 9 bulan bila marah mesti dh beranak kembar 8..#
# ciri2 tersebut biasanya ada pada kita semua termasuklah pemilik blog ini.walaubagaimanapun penulis ini masih ada lagi berpuluh2 jam lagi untuk menghadapi satu lg exm..last paper bagaikan chili pepper subjeknya..doakan dia dan teman2nya dalam ujian pada hari esok...semoga diberi nur dalam menjawab soalan2 pakatan lecturer yang sengaje nak memberi tensyen kpd mereka...x stadi mmg examtensyen bagi mereka #

Sunday, November 7, 2010

dia sebagai penambah dosa kamu??

bunyinye agak keras dan mengundang seribu persoalan mengapa dianya dianggap sebegitu..siapa mahu dianggap sebegitu??tetapi kerana perspektif yang berlainan drp org lain telah menjadikannya sebegitu rupa..tatkala dianya mahu menambahkan satu cahaya dan bintang kepada org itu tetapi dibalas pemikiran sedemikian.begitu kejam sekali luahan diutuskan kepadanya sehinggakan dianya terkial-kial dan trtanya-tnya apakah yang membuatkan dirinya diperlakukan semacam itu..dianya dianggap penambah dosa,dianya dianggap sebagai ketaktentuan hidup seseorang,dianya dianggap sebagai pemusnah emosi yang sebelum ini ceria oleh seseorg,dianya dianggap sebagai penghilang sebuah identiti seseorang dan sebagainya tentang keburukan dia...mungkin senyumannya dianggap sebagai senyuman syaitan,mungkin percakapannya dianggap sebagai bisikan syaitan,mungkin perbuatannya itu dianggap sebagai tingkahlaku milik syaitan.ya,dia memang dianggap sebegitu sehinggakan cahaya diberi dibalas dengan kegelapan dan bintang diberi dibalas dengan serpihan batu dilingkari api...kata2 kamu berikan dulu pada dia sememangnya dusta nista durjana belaka...tidak terkesan dihatinya kata2indah diluahkan olehnya dulu tatkala diperspektifkan sebegitu rupa..larilah dirimu drpnya..jgn berpatah balik padanya yang kamu anggapnya syaitan..

* Dia bukan Tuhan*

singgalang makes me pening

pukul 9 keluar ke kajang tadi bersama kwn setinggan mencari guitar's strings.Malangnya,metro kajang dan seumpama dengannya tutup ..kul 9 kn mane sempat..malas nk cari tmpt lain sbb niat utama hanyalah untuk mencuci mata di sekitar jalan2 kajang..bunyi perut bersama drum stick didalamnya dengan lagu xpdc memuncak sehingga mula bermain ayat dengan kwn aku untuk mengajaknya pergi makan..
sesudah sampai ke hentian kajang kwn aku mensuggestkn aku utk sggh ke restoran singgalang.tempahan nasi goreng cendawan dan milo ais dan nasi greng daging merah n air asam boi di buat bagi melengkapkan rayuan perut kami yang sudah berada pada paras merah..sambil makan sambil tgk cerita sebelum akhirat yang memaparkan kisah seorang pemuda yang mengasari ibubapanya dan memperalatkan gfnya untuk dijadikan habuan hawa nafsunya bg mendapatkan duit.."sape ckp susah dpt duit"kate  fauzi nawawi pd drnya sndiri..dan part akhirnya biasa la bile dh buat jahat mesti la diazab sehingga muka bertukar menjadi babi..terkejut pak imam yg merwat beliau..kesian beliau..tp padan muka beliau..akhirnya mula la ckp kt pak imam tu nak solat..bese la kn..bile sakit baru nk solat..5 perkara sebelum 5 perkara yg dinyatakan dalam hadis dn dikumandangkan oleh raihan dipraktikkan dlm cerita tersebut..selepas itu mula balik kolej dan landing di atas katil berempuk tilam..tak sempat utk bergalak2 dgn geng aku kepala mula rase pening dan loya..adakah disebabkan mknan td?or melihat muka babi td?singgalang singgalang..aku tak larat nak tulis lg..ZZZZzzzzz

ABSTRAK

Salam semua pada yang kenal atau tidak,pada yang suka atau benci,pada yang meminta atau yang memberi,pada yang berperi atau tiada hati,.sengaja menulis,meluah,memberi pendapat,berpuitis,berkarya dan berlagu dingin dalam blog ini..semuanya bersemi dalam sebuah kotak blog yang tiada berbayar lagi free..bukan selalu menulis kerana kehidupan menarik dan tak disangka bukannya datang dengan diri sendiri..blog ini mungkin ade sedikit kontroversi ,bukan untuk meraih simpati,bukan untuk meraih keuntungan kerana ianya sekadar blog biasa bukan seperti surat khabar yang memaparkan cerita-cerita gosip yang tak berguna langsung untuk perkembangan otak malah menghuru harakan pemikiran masyarakat..cakap pasal dosa?dh besar pnjang sume..ade otak kan..ok,cukup stakat ini sahaja untuk mukaddimah blog ini..ikuti paparan rencah kehidupan aku dan mereka sume yang terlibat..sekian..