Thursday, November 11, 2010

cari kerja ke pulang ke rumah??

ada jugak orang macam ni ye?orang lain sibuk2 n tak sabar nak balik rumah ibarat wanita/lelaki yang tak sabar berjumpa dgn kekasihnya setelah sekian lama duduk bertapa di gua musang dia pula bagaikan sebuah patung yang tidak mempunyai perasaan terhadap kg halamannya..rumah adalah satu medium yang tidak menyumbang apa-apa hasil agaknya pada dia..ibubapa adalah sepasang robot yang tak dibekalkan hati pada dia,adik-beradik hanyalah simfoni yang sumbang baginya kerana bunyi yang keluar dari simfoni tersebut tidak mendatangkan hasil yang bermanfaat kepadanya..kawan-kawan di kg umpama burung-burung yg berkicauan berterbangan riang ke mana saje ia mahu tidak juga memberi faedah kepadanya..
# dia tidaklah seperti yang disangkakan kerana dia tidak pernah pun berfikiran sedemikian,dia tidak pernah pun terfikir utk tidak pulang ke rumah..ibubapa adalah penyejuk mata baginya,adik-adik adalah penceria hidupnya,kawan-kawan adalah tempat mengumpat dia,jiran-jiran sebelah rumah adalah tempat saling berbalas-balas kebaikan,tambahan lagi rumah dia adalah ditepi pantai,masakan tidak dia merindui pantai yang selalunya tempat bereksperimentasi atau cuci mata dikala tekanan menyentapdi jiwa..
# dia hanya berfikir tentang keperluan hidupnya yang perlu dimiliki bagi menghadapi hari-hari mendatang..mindanya hanya berpaksikan kewangan sekarang ini utk menampung kehidupannya kini..bunyinya seperti org meminta simpati,tetapi tidaklah begitu tersepit sgt kerana sekadar mncari kewangan sendiri.
# kt kg takde kerja ke???bukan la begitu kerana sudah banyak kerenah bos2 even kt warung pun byk kerenah,,kerenah pelanggan xpe,tp kerenah bos memaki2 rasenya dalam jiwa.kerja yang mudah terpakse disusahkan...pengalaman kerja dulu byk beri gambaran perilaku seseorang tidak kira bos ke pekerja ke,pelanggan ke,..aku ni memilih juga kerja rupanya kan??tidak mengapa kehendak seseorang itu mungkin ada sebabnya..kala ini perlu berfikir sama ada perlu ke cari kerja atau pulang ke rumah??

1 comment: